1000 Penjawat Awam Jayakan Program Berbasikal

Watch the video

1000 Penjawat Awam Jayakan Program Berbasikal

Hampir 1000 orang peserta telah menyertai Program Riadah Berbasikal bersama Penjawat Awam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, 25 Februari lepas.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penjawat awam dalam melaksanakan kerja berpasukan disamping membentuk kecergasan fizikal dan mental.

Selain itu, peserta yang menyertai program ini berharap agar program sebegini lebih kerap diadakan kerana ianya mampu mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan penjawat awam.

Hadiah berupa hamper dan basikal turut diberikan kepada pemenang bertuah. Kayuhan yang berjarak 33 KM itu,telah bermula di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan seperti Wakaf Che Yeh, Peringat dan Kubang Kerian.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan Negeri Kelantan.