UTC Kelantan Menerajui Kesejahteraan Rakyat

Watch the video

UTC Kelantan Menerajui Kesejahteraan Rakyat

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, 12 Mac lepas, telah memberi manfaat yang banyak kepada rakyat Kelantan khususnya dalam menjalankan pelbagai urusan perkhidmatan kerajaan dan swasta. 

 

Dato’ Ahmad Yakob yang turut hadir dalam majlis itu berkata, pembangunan UTC Kelantan sebagai pusat hentian setempat berperanan menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta bagi memastikan kemudahan urusan rakyat harian menjimatkan masa.

 

Pusat Transformasi Bandar ini turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, NGO, ruang perniagaan serta kegiatan komuniti awam. Kos yang menelan belanja 37.8 juta ringgit itu menempatkan 42 agensi yang bergabung di bawah satu bumbung dan telah mula beroperasi sejak Oktober 2016.

 

Dengan adanya UTC ini, ianya dapat memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya komuniti dalam bandar.

 

UTC Kelantan beroperasi pada setiap hari bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam.