Pelbagai Kaum Sertai Darul Niswah Kelaboran

Watch the video

Pelbagai Kaum Sertai Darul Niswah Kelaboran

Baru-baru ini, Mini Darul Niswah telah dilancarkan di Dun Kelaboran dan dirasmikan oleh Datin Bentara Kanan, Hajah Siti Zabidah Abd Hamid, 7 Mac lepas.

 

Pusat komuniti wanita ini menyediakan kemudahan latihan dan kemahiran kepada kaum hawa di Kelantan.

 

Menurut Mohamad Zaki Hj. Ibrahim, kepelbagaian kaum yang terlibat dalam pusat komuniti wanita disini menjadi keunikan di Darul Niswah Dun Kelaboran.

 

Penubuhan pusat komuniti wanita ini juga turut membantu golongan wanita dalam mempelajari kemahiran serta menjana pendapatan.

 

Turut hadir dalam majlis ini ADUN Wakaf Baru, dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur. Majlis berakhir dengan persembahan nasyid daripada Mahaad Muhammadi Tumpat.