1 Keluarga 1 Rumah

Watch the video

1 Keluarga 1 Rumah

Satu Keluarga Satu Rumah merupakan slogan bagi pembangunan Rumah Mampu Milik yang diusahakan oleh Kerajaan negeri Kelantan. Sebanyak 58 unit rumah teres setingkat dan 6 unit rumah kedai akan dibina di bawah perancangan projek tersebut.

 

Dasar Rumah Mampu Milik Kelantan adalah bagi menyediakan dan menawarkan rumah yang dimiliki, mencukupi dan berlandaskan ciri-ciri Islam. Pelaksanaan Rumah Mampu Milik ini bagi memastikan setiap lapisan rakyat di negeri ini memiliki rumah kediaman sendiri.

 

Ahmad Yakob turut berkata, projek RMMK dilaksanakan di atas tanah kerajaan seluas 5.38 ekar di mukim Meranti, jajahan Pasir Mas. Terdahulu, kerajaan negeri juga sedang membina 1,309 unit Rumah Mampu Milik Kelantan untuk rakyat yang berpendapatan sederhana.

 

Majlis telah dimulakan dengan solat hajat yang diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan dan gimik Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik Meranti telah berlangsung pada 15 Mac di Tapak Projek RMMK Meranti, Pasir Mas