Honda 4S Terbesar Di Pantai Timur

Watch the video

Honda 4S Terbesar Di Pantai Timur

Pembukaan secara rasmi Ban Chu Bee Sdn Bhd (Pusat Honda 4S) di Tunjong dilihat menjadi pengedar kenderaan Honda terbesar di wilayah Pantai Timur.Pusat 4S itu telah menelan kos sebanyak 22 juta ringgit, berkeluasan 62,200 kaki persegi diatas tanah seluas 14 hektar yang menempatkan ruang pameran, servis, alat ganti serta pembaikan badan dan cat.

 

Abdul Fattah Hj. Mahmood ketika merasmikan majlis tersebut berkata, pembangunan industri automotif di Tunjong akan menyumbang pertumbuhan pasaran ekonomi yang positif disamping menjadi kawasan komersil yang maju.

 

Pusat servis ini juga mampu menampung kapasiti 100 buah kenderaan sehari yang dilengkapi 20 ruang servis.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi, negeri Kelantan telah menyumbang  34.6 peratus jualan berbanding negeri Pantai Timur yang lain.

 

Acara memotong riben dan majlis menandatangi plug menjadi simbolik kepada perasmian penubuhan pusat Honda 4S di Kota Bharu seterusnya akan menerajui pembangunan ekonomi yang pesat di Kelantan.

 

Lawatan sekitar pusat Honda itu turut diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn Bhd, Roslan Abdullah, dan Pengarah Urusan Ban Chu Bee Sdn Bhd, Lee Eng Kee.