Usahawan Kelantan Berdaya Maju

Watch the video

Usahawan Kelantan Berdaya Maju

Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 merupakan lanjutan bagi Program Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan bagi memberi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. 

 

Program yang diadakan selama 10 hari tersebut menyediakan pelbagai aktiviti seperti Pasar Seni, Ekspo Makanan Halal, Karnival Online Anak Muda, Laman Sejahtera, Jahitan Kreatif dan juga Seminar.

 

Ahmad Yakob ketika merasmikan  program berkata, gerakan ini dianjurkan bagi menyediakan platform promosi,ruang dan peluang perniagaan dalam memperluas pasaran produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan tempatan.

 

Kerajaan Kelantan sentiasa menitikberatkan pembangunan usahawan dikalangan masyarakat bagi menarik minat serta melahirkan generasi usahawan berkualiti tinggi dan berdaya saing.