Pusat Komuniti Wanita Di Naik Taraf

Watch the video

Pusat Komuniti Wanita Di Naik Taraf

Pusat Komuniti Wanita Dun Kuala Balah dibawah Pusat Pembangunan Wanita telah dinaiktarafkan menjadi Mini Darul Niswah yang dirasmikan oleh Timbalan Exco PPW Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar, 24 Mac lepas.

 

Mini Darul Niswah bukan sahaja menyediakan kemudahan latihan dan kemahiran kepada kaum wanita namun ianya juga turut membantu golongan wanita menjana pendapatan.

 

Kerajaan Negeri turut memfokuskan kemahiran jahitan dalam kalangan wanita dengan melahirkan pelajar – pelajar yang berkelayakan dalam seni jahitan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma.

 

Terdahulu, slot ceramah oleh Ustaz Khairi Mohamad dan bacaan Hafazan Al – Quran daripada pelajar Pasti Nurul Ma’wa turut diadakan. Majlis berakhir dengan demonstrasi masakan daripada Penyelia Dun Kuala Balah dan isteri.