Solat Tasbih Bersama Rakyat

Watch the video

Solat Tasbih Bersama Rakyat

Bersempena dengan 2 Rejab, JAHEAIK dengan kerjasama MAIK telah menganjurkan Majlis Solat Sunat Tasbih Bersama Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan, Datin Tunku Nor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang diadakan di Masjid Sultan Yahya Petra, 30 Mac lepas.

 

Solat sunat tasbih yang dihadiri 500 orang ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sillaturrahim diantara istana dan rakyat jelata. 

 

Selain itu, 20 orang penerima zakat asnaf dan juga pelajar miskin cemerlang telah menerima sumbangan daripada MAIK yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Puan Temenggong.

 

Penerima sumbangan pelajar miskin cemerlang, Nurul Syafikah Mat Yaakob turut berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam peperiksaan serta penghargaan beliau kepada Yang Mulia Tengku Puan Temenggong atas sumbangan yang diberikan.

 

Majlis turut diisi dengan tazkirah pendek oleh Ustazah Hafizah Abdullah dan bacaan doa oleh Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan. 

 

Turut hadir sama, isteri Menteri Besar Kelantan, wakil- wakil jabatan Puspanita cawangan Machang, dan Urus Setia Unit Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan.