Darul Niswah Jadi Pusat Kaunseling Wanita

Watch the video

Darul Niswah Jadi Pusat Kaunseling Wanita

Perkhidmatan kaunseling berperanan penting dalam memberi perkhidmatan sokongan ke arah kesejahteraan komuniti.

 

Wan Ubaidah Wan Omar mencadangkan agar Mini Darul Niswah Dun Jelawat menyediakan sesi kaunseling bagi membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah.

 

Majlis penyampaian cenderahati kepada ADUN Jelawat dan acara memotong pulut kuning menjadi gimik perasmian Mini Darul Niswah DUN Jelawat pada 27 Mac yang lalu.

 

Sementara itu, penghasilan Jubah Abaya Express dan Mini Pustaka menjadi keistimewaan yang terdapat di Mini Darul Niswah Dun Jelawat.

 

Majlis turut dipersembahkan dengan demonstrasi masakan oleh ADUN Jelawat, Abdul Aziz Kadir serta persembahan nasyid oleh Kumpulan El-Tiezam.