Pusat Sehenti Aktiviti Wanita

Watch the video

Pusat Sehenti Aktiviti Wanita

Seramai 14 pelajar Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) telah meneruskan pengajian di Lim Kok Wing dalam bidang rekaan fesyen hasil didikan PPWK ini.

 

Menurut Mumtaz selaku ADUN Demit juga menyatakan, PPWK dinaiktaraf kepada Mini Darul Niswah bagi memperkasakan agenda pembangunan dan berkebajikan selaras sebagai pusat bersepadu aktiviti wanita. 

 

Mumtaz berkata demikian semasa merasmikan Mini Darul Niswah DUN Demit yang telah diadakan 1 April lepas.

 

Sebelum itu, demontrasi menghias kek dan membuat instant shawl turut diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung. 

PPWK Demit juga telah menerima anugerah khas iaitu Pelatih Terbaik Parlimen Kubang Kerian, serta Anugerah Tuan Sabariah. 

 

Setakat ini, lebih tiga ribu pelajar PPWK telah bergraduasi seluruh Kelantan. PPWK juga dikembangkan daripada kemahiran jahitan kepada sulaman dan kulinari,disamping menjadi satu tempat memberi latihan kemahiran menjahit yang berperanan sebagai Pusat Jahitan Tumpuan Wanita yang turut menyumbang kepada pendapatan ekonomi.

 

Sumbangan Al-It’aam dan Az-Ziwaaj turut disampaikan kepada penerima-penerima dan Demonstrasi masakan oleh Mumtaz memeriahkan lagi majlis tersebut.