Tanjung Mas Menang Dua Anugerah

Watch the video

Tanjung Mas Menang Dua Anugerah

Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) Tanjong Mas kali ini telah dinaiktarafkan sebagai Mini Darul Niswah yang telah dirasmikan oleh Wan Ubaidah Wan Omar.

 

PPWK Tanjong Mas sebelum ini telah memenangi dua anugerah besar sepanjang penubuhan PPWK tersebut.

 

Antara objektif PPWK Tanjong Mas ialah untuk mewujudkan pusat aktiviti sepadu wanita yang memenuhi keperluan asas masyarakat dibawah satu bumbung bercirikan mesra wanita yang patuh syariah serta menjadi model pertama untuk pusat sepadu wanita di seluruh Negara.

 

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Puan Rohani Ibrahim selaku Adun Tanjong Mas dan majlis berakhir dengan persembahan dikir barat oleh Jen Endoro.