Peluang Pekerjaan Untuk Wanita Mengkebang

Watch the video

Peluang Pekerjaan Untuk Wanita Mengkebang

Berkonsepkan mudah, mesra dan santai, Mini Darul Niswah Dun Mengkebang telah mencatat bilangan pelajar seramai 30 orang diawal penubuhannya pada tahun 2006. 

 

Dengan menyasarkan penyertaan kepada kaum wanita, beliawanis dan armalah, Mini Darul Niswah DUN Mengkebang telah membuka banyak ruang pekerjaan kepada kaum wanita sekaligus dapat membantu mereka menambah sumber pendapatan.

 

Menurut Mumtaz, Mini Darul Niswah Dun Mengkebang ini adalah satu-satunya Mini Darul Niswah yang dibina khas atas bangunan sendiri berbanding Mini Darul Niswah yang lain.

 

Selain aktiviti jahitan dan bengkel kulinari, Mini Darul Niswah DUN Mengkebang merancang untuk mengadakan dapur hijau bagi menambah aktiviti disamping menjana pendapatan.

 

Terdahulu persembahan nasyid dan slot ceramah motivasi turut diadakan. Majlis berakhir dengan gimik perasmian dan demonstrasi masakan oleh Adun Mengkebang, Abdul Latiff Hj Abdul Rahman.