Kepimpinan Teras Keluarga Bahagia

Watch the video

Kepimpinan Teras Keluarga Bahagia

Kursus Kecemerlangan Kerjaya dan Keluarga  yang berlangsung di Dewan Besar Balai Islam, 17 April lepas, merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberi pendedahan tentang pentingnya pimpinan ketua keluarga bagi buat kaum lelaki.

 

Mumtaz berkata, untuk membentuk sebuah keluarga bahagia, setiap ahli keluarga perlulah memahami peranan masing-masing untuk mewujudkan keluarga mawaddah.

 

Program ini dihadiri oleh lebih 100 orang kaum lelaki yang terdiri daripada penjawat awam dan swasta. 

 

Turut hadir sama bagi menjayakan program ini ialah ahli parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusoff serta slot ceramah Kursus Kecemerlangan Kerjaya dan Ketua Keluarga disampaikan oleh Ustaz Saibon Ismail dan Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

 

Terdahulu, program ini dimeriahkan oleh kumpulan dikir barat Firdaus Syuhada’ dan bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Bari Abdullah.