Peluang Luas Usahawan Bidang Bio-Teknologi

Watch the video

Peluang Luas Usahawan Bidang Bio-Teknologi

Karnival Bio-Teknologi Kelantan yang berlangsung di UTC Kelantan, 12 hingga 16 April lepas, merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memberi peluang kepada usahawan bidang bio teknologi dalam menerokai bidang tersebut dengan lebih meluas. 

 

Che Abdullah Mat Nawi selaku Exco Pertanian, Industri Asas Tani Bio Teknologi dan Teknologi Hijau berkata, karnival ini bertujuan untuk meningkatkan status ekonomi negeri Kelantan, disamping menjanana pertumbuhan industri bioteknologi di negeri Kelantan khususnya untuk menghasilkan produk-produk yang unik dan saintifik bagi memenuhi keperluan pasaran terkini dalam bidang pertanian, kesihatan dan industri.

 

Karnival yang bertemakan Bio-Teknologi Pemangkin Kelestarian Ekonomi telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. 

Turut diadakan, seminar dan pameran agensi kerajaan dan IPT berkaitan bio teknologi serta bengkel aplikasi automasi pertanian dan bengkel produk berasaskan spirulina.

 

Karnival ini dimeriahkan lagi dengan persembahan dikir barat dan penyampaian anugerah Inovasi Pertanian dan IAT Jaya kepada Encik Ibrahim bin Ahmad dari PM Agriculture & Trading dan Tokoh Bio Usahawan Kelantan, Encik Mohd Asri Hamid dari Kubang Golok Interprise.