Baitul Hijrah Bantu Wanita Bermasalah

Watch the video

Baitul Hijrah Bantu Wanita Bermasalah

Baru-baru ini telah berlangsung Program Solat Sunat Dhuha bersama YB Mulia Tengku Temenggong dan Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan di Masjid Ismail Petra Tanah Merah, 23 Mei lepas.

 

Program ini diadakan bersempena Majlis Perasmian Pusat Baitul Hijrah Jajahan Tanah Merah disamping mendidik rakyat untuk memanfaatkan solat sunat dhuha dalam kehidupan harian.

 

Pusat Baitul Hijrah merupakan pusat pembangunan rawatan alternatif dan pusat pembinaan modal insan yang disediakan kepada remaja perempuan yang memerlukan di Kelantan. 

 

Menurut Tengku Temenggong, pusat ini telah menzahirkan satu keprihatinan dan kesungguhan kerajaan negeri kepada golongan tersebut melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) sebagai suntikan motivasi kepada mereka.

 

Terdahulu, kuliah agama telah disampaikan oleh Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Ustaz Saibon Ismail.

 

Majlis penyampaian sumbangan kepada asnaf telah disempurnakan oleh Tengku Temenggong dan Tengku Puan Temenggong Kelantan.