APC Cetus Motivasi Peningkatan Mutu Kerja

Watch the video

APC Cetus Motivasi Peningkatan Mutu Kerja

Seramai 100 penjawat awam menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam Peringakat Negeri Kelantan bagi tahun 2016.

 

Pemilihan penerima APC terdiri daripada 62 orang lelaki dan 38 orang perempuan yang terdiri daripada pegawai kumpulan pengurusan professional dan kumpulan sokongan ini adalah berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia di jabatan atau agensi negeri masing-masing. Setiap penerima APC ini menerima sijil penghargaan dan cek berjumlah seribu ringgit setiap seorang.

 

Majlis tersebut yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan. Ahmad dalam ucapan perasmiannya berkata, anugerah yang diberikan itu diharap akan menjadi motivasi kepada penjawat awam supaya terus berusaha untuk memenuhi serta mengatasi kehendak dan ekspektasi pelanggan dan rakyat.

 

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat berkata, Pejabat SUK Kelantan sekali lagi telah mendapat Sijil Pengikitirafan Lima Bintang bagi petunjuk prestasi utama HRMIS 2016 dengan markah 100 peratus berbanding tahun 2015 dengan markah 99.59 peratus.

 

Manakala berdasarkan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan, sebanyak 12 agensi mendapat penarafan lima bintang dan Pejabat Menteri Besar Kelantan mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 99 peratus berbanding tahun 2015 dengan markah sebanyak 95.32 peratus.

 

Dalam majlis itu juga, slot ceramah khas bertajuk “Universiti Ramadhan melahirkan perkhidmatan cemerlang” telah disampaikan oleh Dr Mohd Azhar Abdullah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).