8 Negara Sertai Pesta Wau Antarabangsa Kelantan

Watch the video

8 Negara Sertai Pesta Wau Antarabangsa Kelantan

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan Pesta Wau Antarabangsa Kelantan bertempat di Pantai Geting, Tumpat pada 24 hingga 26 Ogos lalu. 

 

Sebanyak lapan buah negara dan dua ratus peserta kebangsaan telah mengambil bahagian di dalam penganjuran pada kali ke-35 ini dengan kerjasama Majlis Pelayang Malaysia, Persatuan Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Tumpat.

 

Dato’ Ahmad Yakob ketika menyempurnakan majlis penutup itu berkata, hasrat Kerajaan Negeri adalah bagi memastikan Kelantan menjadi platform untuk mempromosikan keseniaan dan kebudayaan serta mengenali keunikan budaya masyarakat Kelantan kepada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

 

Menurut Md. Anizam selaku Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan, Pantai Getting dilihat sebagai daya tarikan para pelancong serta menjadi liga bagi Pesta Wau Antarabangsa.

 

Pesta Wau kali ini melibatkan penyertaan antarabangsa terdiri dari lapan buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Singapura, Cina, India, Kemboja, New Zealand, dan Thailand. 

 

Sebanyak sembilan belas kategori telah dipertandingkan seperti wau bulan dan wau puyuh peringkat kebangsaan, pertandingan layang-layang paling kreatif dan unik antarabangsa serta pertandingan layang-layang cabaran 'Rokakku' terbuka.

 

Pesta Wau yang berlangsung selama tiga hari itu dikunjungi lebih dua puluh ribu pengunjung tempatan dan antarabangsa pada musim cuti persekolahan ini.

 

Kelantan terus mengekalkan keunggulannya apabila sekali lagi muncul sebagai juara keseluruhan bagi Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2017.

 

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan diiringi oleh Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan serta Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan