Exco /  admin /  21 May 2018
Seramai 438 orang telah menerima skim Gerbang Az-Ziwaaj dalam tempoh bulan September sehingga Disember 2017. Abdul Fattah dalam ucapannya berkata, sebanyak empat ratus tiga puluh lapan ribu ringgit telah diperuntukkan untuk menjayakan gerbang Az-Ziwaaj ini. Menurutnya, skim bantuan perkahwinan telah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak tahun 2011 bertujuan membantu golongan muda yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga. Beliau berkata, kerajaan negeri mengorak langkah memperkenalkan skim az-ziwaj sebagai galakan kepada generasi muda untuk menamatkan zaman bujang bagi mengelakkan daripada gejala yang tidak diingini. Ahmad Yakob semasa merasmikan majlis itu berkata, Skim Az-Ziwaaj merupakan sumbangan khas daripada Kerajaan Negeri Kelantan bagi pasangan yang berpendapatan seribu ringgit kebawah dan bantuan kewangan ini diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Slot ceramah ringkas berkaitan Skim Gerbang Az-Ziwaaj telah disampaikan oleh Ustaz Saibon Ismail yang berjudul “Cinta Sampai Syurga”.

Related Videos