Exco /  admin /  22 May 2018
Majlis pengurniaan bantuan kepada ibu muda asnaf anjuran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YAM Tengku Amalin 'A-ishah Putri Binti Sultan Ismail Petra yang bertempat di Dewan Haji Yaacob, SMKA Naim Lilbanat. Nik Mohd Azlan ketika mempersembahkan ucapannya berkata, pihak MAIK telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu para pelajar terutama yang tergolong dalam kalangan asnaf dalam perkembangan pendidikan. Dengan bertemakan "Wanita Kelantan Cakna Pendidikan", bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban ibu muda asnaf. MAIK turut mempersembahkan cendera kenangan kepada Tengku Amalin 'A-ishah. Terdahulu, majlis diserikan dengan persembahan nasyid serta slot ceramah ringkas yang telah disampaikan oleh Dr Nik Salida Suhaila yang berjudul "Bonda, Kejayaan Anak Dalam Genggamanmu".

Related Videos