Exco /  admin /  22 May 2018
Seramai 194 peserta hafiz dan hafizah telah menyertai ujian hafazan manakala, bagi kategori tilawah al-quran seramai 22 peserta qari dan qariah mewakili setiap jajahan termasuk 2 johan menunggu. Menteri Besar dalam ucapannya berkata dengan tema “Al-Quran Pembimbing Ummah”, menjadikan rakyat Kelantan dekat dengan program berunsurkan keagamaan. Johan kategori hafiz terbaik menghafaz tahap 3 (1-30 juzuk dan tafsir) dimenangi oleh, Nik Muhammad Najib Nik Abd Aziz dengan markah 98.78 peratus, dari Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran Banggol Kulim. Manakala, johan qari dan qariah terbaik tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan dimenangi Abdullah Fahmi, dengan markah 81.3 peratus, dan Munirah Kasim dengan markah 78.6 peratus. Upacara pengurniaan hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Related Videos