Exco /  admin /  22 May 2018
Seramai 250 orang daripada semua kategori pertubuhan Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk luar Kelantan telah menyertai persidangan OKU Muqarrabun yang telah berlangsung di Dewan Chempaka, Hotel Ansar. Menurut Mumtaz Md Nawi, persidangan ini menggabungkan semua pertubuhan orang kurang upaya bagi membolehkan mereka memberi maklumat dan mendedahkan masalah yang dihadapi. Ramli Mamat dalam ucapannya berkata, OKU pada hari ini diberi kemudahan untuk meneruskan perjuangan sebagai OKU yang bermatlamat, berdedikasi, dan mempunyai wawasan yang cemerlang dan gemilang untuk masa hadapan. Terdahulu, turut diadakan slot bicara dan perkongsian daripada wakil persatuan dengan tema “Islam Sebagai Teras Pembangunan OKU”.

Related Videos