Exco /  admin /  22 May 2018
Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2018 yang bertemakan ‘Bioteknologi: Anugerah Ilahi Untuk Semua’ telah berlangsung pada 4 hingga 8 april bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC). Objektif utama karnival tersebut adalah menarik minat para pelabur dan usahawan bioteknologi sekaligus membuka ruang kerjasama antara pelabur dengan kerajaan negeri Kelantan. Che Abdullah Mat Nawi dalam ucapannya menyatakan bahawa bidang bioteknologi meningkatkan kualiti hidup manusia dan berpotensi untuk membawa pulangan lumayan seterusnya dapat membantu dalam penjanaan ekonomi sesebuah negara. Karnival ini turut melibatkan para pelajar untuk memberi pendedahan peringkat awal kepada generasi muda dalam aktiviti bidang bioteknologi. International Bio Kelantan mendapat penyertaan 30 agensi negeri dan persekutuan dan turut diserikan dengan delegasi dan rombongan daripada luar negara seperti Thailand, China dan Korea Selatan. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival ini berlangsung antaranya, persembahan kesenian dan kebudayaan, nasyid, wayang kulit, serta dikir barat.

Related Videos