Exco /  admin /  22 May 2018
Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Nazran Muhammad dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu berkuat kuasa 15 April. Nazran, 57, menggantikan Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat yang akan bersara pada 14 April ini. Mohd. Faudzi memegang jawatan tersebut sejak 1 Januari 2014. Majlis serah terima tugas antara mereka berdua berlangsung di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari dan disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Related Videos