Exco /  admin /  03 September 2018
Sebanyak 12 buah negara yang terdiri dari 30 peserta luar dan 250 keseluruhan peserta dari luar negara telah menyertai Pesta Wau Antarabangsa Kelantan yang telah diadakan di Pantai Geting, Tumpat pada 2 hingga 4 Ogos lepas. Md. Anizam Ab. Rahman ketika merasmikan Pesta Wau berkata, penganjuran program bagi kali ke-36 itu bagi memastikan permainan wau terus diminati dan merancakkan industri pembuatan wau tempatan disamping mempromosikan Pantai Geting sebagai tapak pesta dan tempat peranginan di negeri ini kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Penganjuran itu telah menarik penyertaan dari 12 buah negara iaitu Norway, German, Brunei, Indonesia, Kemboja, Singapura, Thailand, Austria, Jepun, Vietnam, Amerika Syarikat dan Cina. Sebanyak 12 kateĀ¬gori dipertandingkan termasuk acara menaikkan dan membuat beberapa jenis wau seperti wau bulan dan wau puyuh peringkat kebangsaan serta pertandingan layang-layang cabaran 'Rokakku', manakala pertandingan wau bercahaya turut diadakan pada sebelah malam di tempat yang sama.

Related Videos