Exco /  admin /  03 September 2018
Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyarankan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mengadakan kursus khas Perlembagaan dan konsep Rukun Negara kepada seluruh wakil rakyat bagi membincangkan secara ilmiah mengenai peranan raja-raja Melayu sebagai tonggak pemeliharaan kedaulatan bangsa dan agama. Baginda hadir mencemar duli di Seminar Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Menyatukan Rakyat serta turut melancarkan buku Sejarah Kesultanan Melayu Kelantan di Hotel Perdana pada 7 Ogos yang lalu. Dalam seminar itu, pakar sejarah, Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali, berkata institusi raja perlu dipertahankan kerana ia memainkan peranan dan sumbangan cukup penting dalam menyatukan rakyat di negara ini. Belia berkata sedemikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk Peranan dan Sumbangan Raja Melayu Terhadap Tanah Air Sebelum Tahun 1957 dalam Seminar Peranan Raja Raja Melayu Dalam Menyatukan Rakyat. Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Menteri Besar Kelantan dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Related Videos