Exco /  admin /  21 May 2018
Seramai 347 orang huffaz telah menerima anugerah penghargaan pada majlis graduasi tahfiz Yayasan Islam Kelantan yang ke-8 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa. Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Dato’ Dr. Haji Fadzli berkata, majlis graduasi ini merupakan penghormatan dan pengiktarafan kepada pelajar yang berjaya menamatkan hafazan Al-Quran sebagaimana yang telah dijadualkan dalam sistem pengajian Kelantan. Menurutnya,program ini merupakan langkah penambahbaikan sistem tahfiz sedia ada demi untuk meningkatkan kualiti hafazan dan mutu bacaan para pelajar. Ahmad Bin Yakob semasa merasmikan majlis itu berkata, kerajaan negeri mengutamakan pengajian tahfiz sejak tahun 1942 sehingga kini, serta sentiasa peka dan mengambil berat terhadap medium pendidikan Al-Quran dan agama. Menurutnya, kerajaan negeri memberi perhatian kepada perkembangan sekolah-sekolah agama dengan mengadakan pembaharuan dalam pelbagai aspek. Beliau berharap agar para hafiz dan hafizah yang dilahirkan ini bakal mewarisi perjuangan menegakkan isi kandungan Al-Quran didalam dan diluar negeri.

Related Videos