Exco /  admin /  21 May 2018
Kelantan telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila menubuhkan Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah pada Januari lepas, telah disempurnakan oleh Y.B.M Tengku Temenggong Kelantan di Kota Bharu. Pusat ini ditubuhkan bagi mengumpulkan pelbagai bentuk dokumentasi berkaitan pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh wanita Kelantan dalam pelbagai bidang. Beliau ditemui ketika merasmikan gimik petandaan sepuluh buah buku khas terbitan Urus Setia Pembangunan Wanita di Kota Bharu. Pusat sumber yang bertemakan Anggun Bestari ini bersempena dengan nama Sayyidatina Hafsah yang merupakan isteri baginda s.a.w yang terkenal ketokohannya dalam pelbagai bidang. Menurut Mumtaz Md Nawi selaku Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Kebajikan Negeri Kelantan, pusat sumber ini ditubuhkan bagi menghargai dan mengiktiraf peranan yang telah dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negeri dan ummah secara keseluruhannya. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan wang tunai dan buku kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan serta persembahan deklamasi puisi.

Related Videos