Skim Al-It'am Jadi Aspirasi MyBeras

Watch the video

Skim Al-It'am Jadi Aspirasi MyBeras

Skim Al It'am merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan dalam membantu meringankan beban keluarga miskin tegar yang kini dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi, membolehkan isi rumah miskin memenuhi keperluan asas harian dari segi makanan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup.


Skim ini dilihat tidak begitu positif oleh pimpinan di peringkat persekutuan pada awal pelancarannya malah telah disabotaj dengan pembekal beras untuk skim tersebut telah di beri amaran dan diugut.

Penggunaan beras ST15 telah ditegur menyebabkan Kerajaan beralih kepada beras ST10.

Perdana menteri mengumumkan untuk melaksanakan program disebut myberas.

Apa yang diulas oleh menteri pertanian, Malaysia adalah Negara pertama yang akan memberi beras kepada golongan yang berpatutan setiap bulan sekiranya program itu berjaya dijalankan.

Kerajaan melahirkan rasa gembira kerana program kerajaan diambil pedoman oleh Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat.