Kolej Gentera Lahirkan 42 Orang Graduan Sulung
Seramai 42 orang graduan siri pertama dari Kolej Gentera telah menamatkan pengajian mereka dalam Majlis Graduasi Kolej Gentera.
Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan dalam ucapannya, Penubuhan Kolej Gentera adalah bukti pentadbiran kerajaan negeri Kelantan melaksanakan penghayatan Islam dalam memberikan ilmu pengetahuan serta keimanan kepada golongan anak-anak muda di Kelantan.
Beliau yang hadir merasmikan majlis graduasi berkenaan berkata, penekanan menepati ketetapan syarak dalam setiap aktiviti yang dianjurkan adalah untuk mendidik generasi muda supaya lebih bertaqwa dalam menangani gejala sosial dengan melahirkan belia yang bermaruah melalui dasar membangun bersama Islam.
Related Videos
-
02:11
Pindaan Hukum Sebat Dalam Proses Untuk Diwartakan
Sambutan Hari Hududullah merupakan usaha berterusan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai satu...
-
Skuad Kita Cakno Skuad Berkebajian
Kira-kira 450 peserta mewakili 45 DUN hadir pada Perhimpunan Skuad Kita Cakna pada 3 April lepas...